Klik dengan bijak &ceramah & kempen kesedaran

13 - 14 September 2017 | Rabu - Khamis
9.00 pagi – 6.00 petang | UUM Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Tujuan:
• Memberikan gambaran sebenar berkenaan isu dan keselamatan siber, buli siber, jenayah dan lain-lain.
• Menarik minat pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkenaan teknologi maklumat dan alam siber.

Kelebihan:
- Membina keyakinan diri.
- Menjana perubahan minda positif.
- Mencari potensi diri.

Penglibatan:
Pengunjung Program.

Nama VIP:
Kamal Affendi(Penganalisis Jenayah Malaysia).

Perlaksanaan Aktiviti:
Aktiviti anjuran Universiti Utara Malaysia sempena UUM Career Fair, MCMC turut terlibat mengadakan pameran dan kempen kesedaran penggunaan teknologi maklumat telah menjemput PI1M yang berada dalam kluster Kubang Pasu untuk turut serta dalam menjayakan aktiviti tersebut. Program dimulakan dengan perkongsian pengalaman, taklimat kerjaya oleh pihak MCMC wilayah utara dan seterusnya kempen kesedaran dan klik dengan bijak disampaikan oleh wakil pim yang hadir. Turut diadakan juga permainan interaktif Bersama pengunjung yang terdiri daripada pelajar UUM dan orang ramai. Aktiviti berakhir pada jam 6 petang.

Aktiviti Berkaitan:
• Taklimat kerjaya.
• Kempen kesedaran oleh PI1M & MCMC.
• Taklimat oleh pihak MCMC.
• Ceramah jenayah & penipuan siber oleh En Kamal Affendi, penganalisis jenayah Malaysia, jemputan khas oleh MCMC.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama