Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.

Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


REKA CIPTA POSTER KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2023

Mengadakan kuiz dan reka cipta poster sempena sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2023.......................baca selanjutnya

KAUNTER CIMB BANK @ PEDi CHANGLUN

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2023

Memudahkan urusan perbankan komuniti setempat yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankan CIMB Bank......................baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER (CYBERSECURITY FOR SMALL BUSINESSES) – KOLABORASI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Meningkatkan kesedaran masyarakat komuniti setempat tentang keselamatan siber terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil.....................baca selanjutnya

KELAS ASAS PENGENALAN KOMPUTER & ASAS MICROSOFT OFFICE - KOLABORASI BERSAMA PERSATUAN BEKAS MURID INDIA KUBANG PASU

Aktiviti Terkini | 2,9,16 & 23 Jun 2023

Meningkatkan kemahiran & pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat serta kemahiran asas penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft PowerPoint untuk kegunaan mereka kelak.....................baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN : ASAS TIKTOK SHOP

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Meningkatkan kemahiran & pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat seperti menggunakan platform media sosial TikTok untuk tujuan menaik taraf kaedah perniagaan mereka....................baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN : KAEDAH MUDAH LIVE DI FACEBOOK

Aktiviti Terkini | 8 April 2023

Meningkatkan kemahiran & pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat untuk tujuan menaik taraf kaedah perniagaan mereka menggunakan teknologi yang sedia ada...................baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN DI SURAU AL-HUBBUL ABADI, KG. PAYA KERIANG MENYABONG, JITRA

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2023

Memberi kerjasama dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengunjung tentang keselamatan penggunaan internet kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada salah laku siber seperti golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa...................baca selanjutnya

PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) KOMPUTER-PHOTOPHONE

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2023

Meningkatkan kemahiran bidang fotografi dan kemahiran komputer dalam menyunting gambar mengikut kreativiti sendiri untuk dapat hasil gambar terbaik..................baca selanjutnya

TAKLIMAT ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR, TUNJANG

Aktiviti Terkini | 16 februari 2023

Memberi perkongsian mengenai faktor dan kesannya buli sider dan pengantunan kanak-kanak di internet terutama di media sosial kepada para pelajar.................baca selanjutnya

PROGRAM KELAS PENGENALAN KOMPUTER BERSAMA TADIKA NURUSSALAM CHANGLUN

Aktiviti Terkini | 15 februari 2023

Program ini diadakan adalah untuk pendedahan awal kepada kanak-kanak dalam mengenal komputer................baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ASAS & PENGENALAN DRONAGOGI KEPADA PENYUNTINGAN VIDEO DI PEDi CHANGLUN

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2023

Program ini diadakan adalah bagi memberi panduan kepada para peserta mempelajari teknologi asas pengendalian drone ...............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti