PROGRAM KELAS ASAS & PENGENALAN DRONAGOGI KEPADA PENYUNTINGAN VIDEO DI PEDi CHANGLUN
Aktiviti terkini | 20 januari 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Changlun
Ringkasan Aktiviti :
Program Kelas Asas & Pengenalan Dronagogi Kepada Penyuntingan Video di PEDi Changlun telah berlangsung di Bilik Latihan PEDi Changlun bersama beberapa pelajar lepasan SPM.
Program ini dilaksanakan oleh NCER Malaysia dan Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Tujuan :
• Program ini diadakan adalah bagi memberi panduan kepada para peserta mempelajari teknologi asas pengendalian drone unmanned aerial vehicles (UAV), dan
peserta akan dilatih untuk mengendalikan penerbangan drone untuk merekod video dan still photo.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini berlangsung di Bilik Latihan PEDi Changlun bermula pada pukul 9.00 pagi.
• Encik Jefri Dahlan adalah assistant engineer, tenaga pengajar dari Institute of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS), UiTM.
• Kelas ini mengandungi dua sesi pagi & satu sesi petang dan di antara sesi adalah waktu rehat.
• Sesi 1 – 9.15 pagi hingga 10.45 pagi.
• Sesi 2 – 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
• Sesi 3 – 2.30 petang hingga 6.00 petang
• Program tamat pada pukul 6.00 petang.
Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta dapat mempelajari dan mengaplikasi asas pengendalian drone dan terma-terma drone.
• Dapat mempelajari dan praktikal penerbangan drone.
• Peserta juga dapat belajar asas rakaman gambar dan video aerial view serta menghasilkan gambar dan video yang berkualiti.
• Mempromosikan inisiatif yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :