PROGRAM KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK (KKJP) KOMPUTER-PHOTOPHONE

Aktiviti terkini | 8 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Pauh, Perlis

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah mendapat jemputan untuk kerjasama bersama PEDi Padang Pauh untuk menjalankan program ‘Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer-Photophone’.


Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran bidang fotografi dan kemahiran komputer dalam menyunting gambar mengikut kreativiti sendiri untuk dapat hasil gambar terbaik.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program berlangsung selama tiga hari yang terdiri daripada 10-15 orang peserta.
• Slot kursus yang dijalankan oleh PEDi Changlun adalah pada hari kedua. Dua sesi pada waktu pagi dan satu sesi pada waktu petang.
• Sesi 1: Teori Fotografi Produk
• Sesi 2: Teknik Mengambil Gambar Produk (Praktikal)
• Sesi 3: Basic Photo Editing with GIMP & Canva

Kelebihan Aktiviti :

• Berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang fotografi produk.
• Meningkatkan ilmu kaedah teknik mengambil gambar produk yang terbaik dengan hanya menggunakan telefon pintar (smartphone).
• Dapat memanipulasi (editing) gambar yang telah diambil dengan baik.
• Peserta dapat menghasilkan gambar yang terbaik bagi mereka untuk tujuan mempromosikan produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :