Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.

Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM CUTI SEKOLAH: KENALI APA ITU KOMPUTER?

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2019

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas teknologi komputer serta komponen-komponen perkakasan komputer.dan juga informasi kemudahan Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA MPKK KAWASAN POKOK SENA

Aktiviti Terkini | 6 November 2019

Memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Word kepada MPKK untuk melaksanakan beberapa tugasan yang melibat penggunaan computer....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN SEMPENA KARNIVAL SERI JELAPANG & KARNIVAL BAHASA INGGERIS DI SK FELDA BATU 8, CHANGLUN, KEDAH DARUL AMAN

Aktiviti Terkini | 6 November 2019

Memberi pendedahan kepada pelajar dan juga guru mengenai kemudahan Pusat Internet, menghebahkan info terkini seperti Myfreeview dan juga Jomstudi serta menjalankan aktiviti Klik Dengan Bijak.....baca selanjutnya

PROGRAM ICT BERSAMA KANAK-KANAK TASKA PERMATA KG CHANGHAI, CHANGLUN KEDAH

Aktiviti Terkini | 5 November 2019

Memberi pendedahan tentang penggunaan computer serta komponen computer....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA JOBS MALAYSIA " TAKLIMAT TEMUDUGA & MOCK UP INTERVIEW " BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 6 SMK TUNKU BENDAHARA KODIANG

Aktiviti Terkini |22 Oktober 2019

Memberi pendedahan serta berkongsi ilmu kepada pelajar mengenai pemilihan kerjaya serta persediaan menghadapi temuduga pekerjaan dengan kerjasama JobMalaysia Negeri Kedah.....baca selanjutnya

PROGRAM ICT DAN ADVOKASI BULI SIBER BERSAMA PELAJAR TAHUN 6 SK FELDA BATU 8

Aktiviti Terkini |6 Oktober 2019

Memberi pendedahan ICT dan juga taklimat advokasi kepada pelajar Tahun 6 yang sudah tamat peperiksaan UPSR sebagai mengisi aktiviti kelapangan mereka dengan aktiviti berfaedah dari Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN SEMPENA HARI KOKURIKULUM SMK TUNKU BENDAHARA, KODIANG KEDAH

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Memberi pendedahan kepada pelajar dan juga guru mengenai kemudahan Pusat Internet, menghebahkan info terkini seperti Myfreeview dan juga Jomstudi serta menjalankan aktiviti Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI MASYARAKAT ZON JENIANG 2019 DI SMK BATU 5, JALAN JENIANG, GURUN, KEDAH

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Memberi pendedahan kepada pelajar dan juga guru mengenai kemudahan Pusat Internet, menghebahkan info terkini seperti Myfreeview dan juga Jomstudi serta menjalankan aktiviti Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BUAL BICARA MAI PEKENA KOPI BERSAMA TETAMU JEMPUTAN KHAS

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun untuk mempromosikan kemudahan & perkhidmatan Pusat Internet Digi serta hebahan komuniti setempat dalam media sosial secara terus atas talian...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2019

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2019

Bertemakan kemerdekaan, program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik melibatkan kanak-kanak tadika dan juga kanak-kanak istimewa dari Ppdk Pdk Changlun...baca selanjutnya

KARNIVAL PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2019

Menjalankan aktiviti KDB disamping mendedahkan keselamatan siber dalam dunia pendidikan bersama para pengunjung....baca selanjutnya

PROGRAM MIV & PROJEK TELEVISYEN TERRESTRIAL DIGITAL

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2019

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para sukarelawan dan staff pusat internet tentang Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) yang di lancarkan di Malaysia...baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat Bulan Ramadhan 2019

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2019

Membaca Surah Yaasin serta mendoakan keselamatan & keberadaan Pusat Internet serta seluruh komuniti setempat dan mengeratkan hubungan sesama petugas PI & komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Keusahawanan Basic Online Marketing Bersama Staf dan Ahli Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Program dimulakan dengan Teknik pemasaran dengan menggunakan online platform seperti facebook dan Instagram... baca selanjutnya

Program Taklimat Klik Dengan Bijak Pelajar Tahun 6 SK Santan, Perlis

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang IT kepada pelajar. Di samping itu juga, program ini boleh memperluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai teknologi maklumat atau IT yang sedia ada... baca selanjutnya

Program Taklimat Klik Dengan Bijak Pelajar SK Long Boh, Perlis

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2019

Untuk slot pertama, peserta diberi taklimat berkaitan Buli Siber bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kebaikan/keburukan melayari internet... baca selanjutnya

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet... baca selanjutnya

Taklimat & Tayangan Movie Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang IT kepada peserta. Di samping itu juga, program ini boleh memperluaskan lagi pengetahuan... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya