Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.
Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Program Bersama Komuniti Jom Sihat
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018Program TTT kerjasama antara PI Kluster Sik dan agensi-agensi Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan cara menggosok gigi yang betul... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet Changlun 2018
Aktiviti Terkini | 24 November 2018Hari Terbuka ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara Pusat Internet Changlun dengan komuniti sekitar... baca selanjutnya
Program Kecemerlangan ICT & Advokasi Buli Siber
Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2018Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang IT kepada pelajar. Di samping itu juga, program ini boleh memperluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai teknologi maklumat atau IT yang sedia ada... baca selanjutnya
Program Temuduga Terbuka Bersama Syarikat Jabil Circuit Sdn Bhd dengan kerjasama Job Malaysia Kedah
Aktiviti Terkini | 15 September 2018Program ini diadakan dengan kerjasama Jobsmalaysia Kedah dengan menjadikan Pusat Internet sebagai egen kepada pencari kerja... baca selanjutnya
Program Penghayatan Kemerdekaan – Kuiz Kemerdekaan, Nyanyian Kemerdekaan dan “Charades Game”
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2018Dapat memupuk semangat patriotik dengan mengadakan beberapa aktiviti bersempena bulan kemerdekaan... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2018Bertujuan sebagai memenuhi aktiviti Pusat Internet Tunjang dan melaksanakan tanggungjawab untuk menangani masalah jenayah siber dengan mendekati para remaja di sekolah... baca selanjutnya
Pertandingan Mewarna Sempena Aidilfitri Bersama Kanak-Kanak Taska Permata Kemas Kampung Changhai
Aktiviti Terkini | 26 Jun 2018Pertandingan mewarna telah diadakan di Pusat Internet Changlun yang bertemakan bulan Syawal... baca selanjutnya
Program Bantuan Mangsa Banjir Bersama PI Utara - Digi
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya
Tayangan Video Penghayatan Ramadhan Serta Kuiz
Aktiviti Terkini | 19 Mei 2018Aktiviti ini bertujuan untuk memberi sedikit penghayatan kepada pengunjung yang hadir akan kelebihan dan manfaat bulan yang mulia ini. Aktiviti yang dijalankan... baca selanjutnya
Penyerahan Digi Simpack Percuma Kepada Peserta / Petani Myagro (Mardi)
Aktiviti Terkini | 18 April 2018Dapat menyediakan saluran maklumat dari Kementerian kepada Awam dan memudahkan komunikasi antara Petani dengan Extension Officer mereka... baca selanjutnya
Gotong Royong Pi1M bersama ahli-ahli
Aktiviti Terkini | 16 April 2018Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan diantara ahli dan pengunjung tetap pi1m disamping menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran dalaman dan luaran pusat internet... baca selanjutnya
Bengkel Usahawan Dan Tatarias Wajah Bersama Usahawan Mary Kay
Aktiviti Terkini | 3 Mac 2018Aktiviti ini bertujuan untuk memperbanyakkan lagi fungsi PI1M dimana PI1M bekerjasama Bersama Penasihat Kecantikkan Mary Kay yang datang mengajar pengguna/ahli Pi1M mengenai Teknik penjagaan wajah yang betul... baca selanjutnya
KDB: Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2018Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran awal berkenaan kempen klik dengan bijak... baca selanjutnya
Kemahiran pembentangan dengan betul bersama pelajar lepasan SPM
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2018Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kaedah teknik pembentangan dengan betul kepada pelajar lepasan SPM yang akan menghadapinya apabila berada di IPTA/IPTS... baca selanjutnya
Kelas asas penggunaan email dan penerangan Virus Ransomware
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018Bertujuan untuk mengajar cara yang betul dalam membuat email dan memberi pencegahan tentang virus... baca selanjutnya