Pertandingan Mewarna Sempena Aidilfitri Bersama Kanak-Kanak Taska Permata Kemas Kampung Changhai

26 Jun 2018 | Selasa
9.30 pagi - 12.30 tengahari | Pusat Internet Changlun, Kedah

Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak dalam membangkitkan minat mereka dalam mewarna serta menarik minat mereka untuk menyertai apa jua pertandingan yang diadakan.

Kelebihan:
• Dapat mengeratkan hubungan antara Staff Pusat Internet Bersama peserta dan juga guru iringan yang hadir.
• Dapat memupuk semangat kerjasama , bertolak ansur sesama mereka supaya dapat menghasilkan suasana yang harmoni.
• Ia juga dapat meningkatkan daya kretiviti peserta dan dapat menonjolkan minat mereka dalam aktiviti mewarna.

Penglibatan:
Para Pelajar.

Perlaksanaan Aktiviti:
• Pertandingan mewarna telah diadakan di Pusat Internet Changlun yang bertemakan bulan Syawal.
• Pertandingan mewarna ini disertai oleh kanak-kanak yang berusia 3-4 tahun.
• Pertandingan ini berlangsung selama 2 jam dan pemenang diberikan hadiah supaya diri mereka rasa dihargai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama