PROGRAM SAMBUTAN AMBANG RAMADHAN DI SURAU AL-HUBBUL ABADI, KG. PAYA KERIANG MENYABONG, JITRA

Aktiviti terkini | 9 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Surau Al-Hubbul Abadi, Kg. Paya Keriang Menyabong, Jitra

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah mendapat jemputan untuk kerjasama ke Program Sambutan Ambang Ramadhan anjuran Klinik Kesihatan Ibu & Anak Jitra dan Panel Penasihat Kia Jitra.


Tujuan :
• Memberi kerjasama dalam memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengunjung tentang keselamatan penggunaan internet kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada salah laku siber seperti golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Staf yang terlibat adalah staf dari PEDi Changlun, PEDi Kodiang & PEDi Jerlun.
• Sesi Forum Ramadhan dan Kesihatan bersama moderator Encik Rosaidi (DJ Dee), para panelis Ustaz Abdul Wafi B. Samsurrijal & Dr. Nur Atikah Bt Che Alliaziz (Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu)
• Aktiviti menarik: Pemeriksaan Gula dan Kolestrol, Pertandingan Demo Masakan, Pemberian Vaksin Covid-19, Pemeriksaan PAP Smear, Ujian Kecerdasan, Pemeriksaan Gigi, Kiosk Duta Ubat Anda, Kiosk Keselamatan dan Kualiti Makanan.
• PEDi Changlun membuka ruang booth di Kiosk Digital dan Internet serta mengurus rakaman penstriman siaran langsung (Live) di halaman Facebook ‘Kampung Paya Keriang Menyabong’. Pautan Live: https://fb.watch/jle8M8aUmM/

Kelebihan Aktiviti :

• Meningkatkan kesedaran komuniti tentang isu yang berlegar sekitar kesihatan di bulan Ramadhan termasuk pelbagai kondisi penyakit, prosedur klinikal dan pengambilan ubatan.
• Mewujudkan kerjasama panel penasihat dengan pelbagai pihak bagi membantu masyarakat memahami dengan lebih berkesan tentang pentingnya isu kesihatan di bulan Ramadhan.
• Memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan PEDi, tugas dan tanggungjawab MCMC dalam memantau aktiviti di internet.
• Mempromosikan inisiatif yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :