KELAS USAHAWAN : ASAS TIKTOK SHOP
Aktiviti terkini | 12 Mei 2023Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Changlun
Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah mengadakan sesi latihan asas TikTok Shop bersama ahli PEDi Changlun untuk tujuan promosi & jualan perniagaan mereka.
Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran & pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat seperti menggunakan platform media sosial TikTok untuk tujuan menaik taraf kaedah perniagaan mereka.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sesi pembelajaran berlangsung selama 3 jam.
• Peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan menerangkan bagaimana untuk membuka akaun & mengurus kedai atas talian TikTok.
Kelebihan Aktiviti :
• Berkongsi ilmu pengetahuan mengenai pembukaan akaun TikTok Shop, memuat naik gambar dan video produk perniagaan para usahawan.
• Meningkatkan ilmu kaedah serta teknik untuk pengiklanan di akaun TikTok mereka dengan betul.
• Peserta dapat membuka kedai atas talian baharu di TikTok dan dapat mempromosikan produk dan perniagaan di TikTok Shop mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :