REKA CIPTA POSTER KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Changlun

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah mengadakan program reka cipta poster kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan 2023 bersama komuniti sekitar PEDi Changlun.


Tujuan :
• Mengadakan kuiz dan reka cipta poster sempena sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2023.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan di ruang bilik latihan PEDi Changlun telah berlangsung pada hari Sabtu, 19hb Ogos 2023, bermula jam 10.00 pagi.
• Peserta yang terlibat adalah merangkumi kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
• Program dimulakan dengan dengan kuiz kemerdekaan Malaysia & nyanyian lagu patriotik.
• Seterusnya semua peserta terlibat dalam sesi reka cipta poster Hari Kemerdekaan 2023 menggunakan aplikasi Canva.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
• Mengasah skil teknikal & daya kreativiti dalam mereka cipta poster.
• Mempromosikan PEDi kepada ibu bapa tentang perkhidmatan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan dengan menjadi ahli PEDi.
• Dapat mengeratkan silaturahim di antara staf PEDi dan juga komuniti setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :