KELAS ASAS PENGENALAN KOMPUTER & ASAS MICROSOFT OFFICE - KOLABORASI BERSAMA PERSATUAN BEKAS MURID INDIA KUBANG PASU
Aktiviti terkini | 2,9,16 & 23 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Changlun
Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah bekerjasama dengan Persatuan Bekas Murid India Kubang Pasu untuk mengadakan sesi latihan asas pengenalan komputer & asas Microsoft Office.
Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran & pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat serta kemahiran asas penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft PowerPoint untuk kegunaan mereka kelak.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelajar yang terlibat adalah seramai 20 orang.
• 10 orang dari sekolah rendah & 10 orang dari sekolah menengah.
• Sesi pagi untuk sekolah rendah & sesi petang untuk sekolah menengah. Setiap sesi berlangsung selama 2 jam dalam tempoh 4 hari pada setiap hari Jumaat.
• Para pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan menerangkan asas pengenalan komputer serta asas penggunaan Mircosoft Word, Microsot Excel & Microsoft PowerPoint.
• Sesi penyampaian sijil penyertaan kepada para pelajar yang terlibat diadakan pada hari terakhir sesi kelas.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengenali lebih terperinci mengenai komputer dan bagaimana ia memberi impak kepada kehidupan pada masa kini.
• Para pelajar dapat memahami cara penggunaan ringkas Microsoft Word, Excel & PowerPoint.
• Mereka kan lebih mudah menyelesaikan masalah mereka terutamanya dalam mengkaji atau menyiapkan tugasan sekolah mahupun kerja-kerja harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :