Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.
Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021LIVE FB: INFO PEDI & KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 12 Disember 2021Berkongsi tentang akan penamatan rangkaian 3G di seluruh negara............baca selanjutnya
MAI PEKENA KOPI PODCAST – EPISOD 8
Aktiviti Terkini | 18 November 2021Topik yang dibicarakan pada episod ini adalah #Undi18, #Vaksin, #PengendalianBencanaAlam, #Sekolah dan #OperasiAgensiDanJabatanKerajaan............baca selanjutnya
KEJOHANAN LIGA SOLO RAJA FIGHTER PUBG MOBILE PUSAT INTERNET KOMUNITI CHANGLUN 2021/01
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021Untuk menggalak dan mewujudkan peluang mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam e-sukan ............baca selanjutnya
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PIK DAN TIPS KEKAL BERNIAGA DI SHOPEE
Aktiviti Terkini | 25 September 2021Memberi dan berkongsi ilmu dan tips untuk kekal berniaga atas talian menggunakan Shopee kepada komuniti dan masyarakat tempatan............baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA 2021
Aktiviti Terkini | 21-28 Ogos 2021Memberi peluang kepada komuniti untuk menguji pengetahuan am mengenai kemerdekaan serta memupuk semangat patriotisma terhadap negara............baca selanjutnya
TIPS TEMUDUGA ATAS TALIAN DI MUSIM PANDEMIK COVID-19
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2021Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti berkaitan cara atau tips menghadapi temuduga secara atas talian khususnya di musim pandemik ini...........baca selanjutnya
MAI PEKENA KOPI PODCAST - CLOSE CONTACT (COVID-19)
Aktiviti Terkini | 27 Jun 2021Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun untuk berkongsi ilmu baharu..........baca selanjutnya
TAKLIMAT ADVOKASI : TIPS MEMBELI SECARA ATAS TALIAN & ELAKKAN 'OVERSHARING' DI MUSIM PERAYAAN.
Aktiviti Terkini | 5 Mei 2021Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti berkaitan cara atau tips membeli belah secara atas talian semasa musim perayaan.........baca selanjutnya
KELAS ICT ONLINE: BASIC 3D SKETCHUP (PART 2)
Aktiviti Terkini | 18 April 2021Memberi kelas ICT mengenai asas penggunaan applikasi 3D SketchUp kepada semua penonton........baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK: PENIPUAN KEWANGAN
Aktiviti Terkini | 17 April 2021Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti berkaitan penipuan kewangan.......baca selanjutnya
KELAS ICT ONLINE: BASIC 3D SKETCHUP (PART 1)
Aktiviti Terkini | 11 April 2021Memberi kelas ICT mengenai asas penggunaan applikasi 3D SketchUp kepada semua penonton......baca selanjutnya
PROGRAM JOMTUISYEN
Aktiviti Terkini | 2-31 Mac 2021Memberi kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang bakal menduduki SPM.....baca selanjutnya
PROGRAM JOMTUISYEN
Aktiviti Terkini | 2-28 Februari 2021Memberi kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang bakal menduduki SPM.....baca selanjutnya
PROGRAM JOMTUISYEN
Aktiviti Terkini | 29 JANUARI 2021Memberi kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang bakal menduduki SPM.....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya