MAI PEKENA KOPI PODCAST – EPISOD 8

Aktiviti terkini | 18 November 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian (FB Live) di Facebook Page Mai Pekena Kopi & Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Changlun | Stay@Home Mini Studio

Ringkasan Aktiviti :
Dengan berkonsepkan radio atas talian, program ini adalah satu rancangan bual bicara yang akan mengupas topik-topik umum di lokalan khususnya daerah Kubang Pasu. En. Ramlan Ali & En. Aizuddin membicarakan berkaitan #Undi18, #Vaksin, #PengendalianBencanaAlam, #Sekolah dan #OperasiAgensiDanJabatanKerajaan.

Tujuan :
Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Changlun untuk berkongsi ilmu baharu, mempromosikan kemudahan & perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Digi serta hebahan komuniti setempat dalam media sosial secara terus atas talian.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Topik yang dibicarakan pada episod ini adalah #Undi18, #Vaksin, #PengendalianBencanaAlam, #Sekolah dan #OperasiAgensiDanJabatanKerajaan.
• Segmen #Undi18 membincangkan pemahaman umum dari segi pembentukan kerajaan serta topik Perlembagaan Malaysia dan bertukar pendapat terhadap perlaksanaan pengundi secara automatik berumur 18 tahun;
• Keberkesanan perlaksanaan #Vaksin;
• Berbual mengenai #PengendalianBencanaAlam di mana negara kini berada di musim tengkujuh;
• Mengenai pembukaan dan perlaksanaan kaedah pembelajaran #Sekolah serta #OperasiAgensiDanJabatanKerajaan pada masa kini.

Kelebihan Aktiviti :

• Berkongsi pengetahuan serta ilmu baharu kepada komuniti berkaitan isu-isu semasa dan topik-topik terkini di kala pandemik Covid-19.
• Mengadakan kempen kesedaran.
• Mengutarakan pendapat atau solusi yang mungkin dapat diberi sebagai kaedah penyelesaian masalah yang ditempuhi pada masa kini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :