PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA 2021

Aktiviti terkini | 21-28 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian (Google Form) & Pusat Internet Komuniti Changlun

Ringkasan Aktiviti :
Program atas talian Pertandingan Kuiz Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia 2021 anjuran Pusat Internet Komuniti Changlun.

Tujuan :
• Memberi peluang kepada komuniti untuk menguji pengetahuan am mengenai kemerdekaan serta memupuk semangat patriotisme terhadap negara.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pertandingan kuiz diadakan atas talian melalui "Google Form".
• Terbuka kepada pelajar berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja.
• Tempoh menjawab kuiz adalah dari 20hb hingga 28hb Ogos 2021.
• Pemenang akan dipilih daripada peserta yang berjaya menjawab dengan cepat dan tepat.
• Hadiah wang tunai RM50 serta cenderahati kepada 3 orang pemenang.

Kelebihan Aktiviti :

• Mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti.
• Menguji minda para peserta untuk menjawab secara cepat dan tepat.
• Meningkatkan semangat patriotisme terhadap negara.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :