KEJOHANAN LIGA SOLO RAJA FIGHTER PUBG MOBILE PUSAT INTERNET KOMUNITI CHANGLUN 2021/01

Aktiviti terkini | 23 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Atas Talian (Facebook Live), Pusat Internet Komuniti Changlun

Ringkasan Aktiviti :
Program atas talian ini dinamakan Kejohanan Liga Solo Raja Fighter PUBG Mobile anjuran Pusat Internet Komuniti Changlun adalah pertandingan berkonsep e-sukan (sukan elektronik) sempena sambutan bulan Hari Sukan Negara 2021.

Tujuan :
Untuk menggalak dan mewujudkan peluang mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam e-sukan di semua peringkat serta menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui e-sukan di kalangan individu dan masyarakat setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara daerah Kubang Pasu.
• Yuran penyertaan adalah percuma.
• Program kejohanan telah bersiaran langsung secara atas talian melalui halaman Facebook Pusat Internet Komuniti Changlun serta Mufuya’s Gameplay.
• Kerjasama Pusat Internet Komuniti Changlun dan Mufuya Fituritsu.
• Pengulas acara kejohanan adalah En. Ramlan, En. Azrip & Aizuddin.
• Acara pertandingan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang.
• Semua peserta perlu bertarung sebanyak 10 peta perlawanan, cuba bertahan sehingga menjadi orang terakhir dan kumpul seluruh mata perlawanan. Hanya seorang yang akan digelarkan sebagai Juara Liga Solo Raja Fighter PUBG Mobile Pusat Internet Komuniti Changlun buat kali pertama.
• Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM500 kepada semua pemenang daripada tempat pertama hingga hadiah saguhati tempat ke sepuluh.

Kelebihan Aktiviti :

• Dapat mempunyai semangat daya saing yang sihat.
• Mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama peserta dan komuniti yang mempunyai minat yang sama.
• Orang ramai boleh memperoleh ilmu kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis, meningkatkan kemahiran sosial serta meningkatkan kemahiran visual-spatial dalam permainan video.
• Menyemarakkan lagi semangat kesukanan walaupun dalam alam maya


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :