Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.
Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020TAKLIMAT ADVOKASI SECARA ATAS TALIAN – LIVE FACEBOOK
Aktiviti Terkini | 20 Disember 2020Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada komuniti berkaitan maklumat palsu....baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT ONLINE – KELAS ASAS MICROSOFT WORD (PART 2)
Aktiviti Terkini | 29 November 2020Memberi pengetahuan tentang asas & cara penggunaan Microsoft Word....baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT ONLINE – KELAS ASAS MICROSOFT WORD (PART 1)
Aktiviti Terkini | 28 November 2020Memberi pengetahuan tentang asas & cara penggunaan Microsoft Word....baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT ONLINE – KELAS ASAS LIVE STREAMING DI FACEBOOK & YOUTUBE MENGGUNAKAN PERISIAN OBS STUDIO
Aktiviti Terkini | 21 November 2020Memberi pengetahuan tentang asas & cara penggunaan OBS Studio serta cara untuk “live streaming” di Facebook & Youtube....baca selanjutnya
PROGRAM KELAS ICT FUTURE SKILLS 4 ALL : MICROBIT
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2020Memberi pengetahuan tentang microbit yang dipelajari murid sekolah rendah....baca selanjutnya
PROGRAM SANTAI BUAL BICARA MAI PEKENA KOPI BERSAMA MOHAMAD RIZAL BIN RAMLI (PENGHULU MUKIM SUNGAI LAKA)
Aktiviti Terkini | 13 September 2020Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun untuk berkongsi ilmu baharu....baca selanjutnya
PERJUANGAN BELUM BERAKHIR (COVID-19) - PROGRAM SANTAI BUAL BICARA MAI PEKENA KOPI BERSAMA AHMAD QUSYAIRI BIN AHMAD ZAINI
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun untuk berkongsi ilmu baharu, mempromosikan kemudahan & perkhidmatan Pusat Internet Digi serta hebahan komuniti setempat dalam media sosial secara terus atas talian....baca selanjutnya
ORANG MUDA DAN SEJARAH - PROGRAM SANTAI BUAL BICARA MAI PEKENA KOPI BERSAMA IZZUDDIN AL JITRAWIY
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2020Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun untuk berkongsi ilmu baharu, mempromosikan kemudahan & perkhidmatan Pusat Internet Digi serta hebahan komuniti setempat dalam media sosial secara terus atas talian....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PROGRAM LITERASI ILMU @ PERPUSTAKAAN DESA
Aktiviti Terkini | 11 Mac 2020Menjalinkan kerjasama Bersama agensi luar seperti Perpustakaan Desa disamping dapat mempromosikan kemudahan dan fungsi Pusat Internet....baca selanjutnya
TAKLIMAT ADVOKASI BULI SIBER
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020Memberi taklimat kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet.....baca selanjutnya
ZAKAT ANDA KAMI AGIH
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2020Rancangan siaran langsung ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet...baca selanjutnya
Wartawan Si Cilik
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2020Rancangan siaran langsung Mai Pekena Kopi ini adalah salah satu insiatif alternatif bagi Pusat Internet Changlun...baca selanjutnya
PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA SYARIKAT JABIL CIRCUIT SDN BHD DENGAN KERJASAMA JOBSMALAYSIA KEDAH
Aktiviti Terkini |31 Januari 2020Bertujuan membuka peluang pekerjaan untuk komuniti setempat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya