KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PIK DAN TIPS KEKAL BERNIAGA DI SHOPEE
Aktiviti terkini | 25 September 2021Tempat Aktiviti:
Atas Talian (Facebook Live), Pusat Internet Komuniti Changlun & Padang Pauh
Ringkasan Aktiviti :
Program atas talian bual bicara perkongsian Kisah Kejayaan Usahawan PIK dan Tips Kekal Berniaga di Shopee bersama tetamu jemputan Puan Nurulnoratikah dengan kerjasama PIK Changlun & PIK Padang Pauh.
Tujuan :
Memberi dan berkongsi ilmu dan tips untuk kekal berniaga atas talian menggunakan Shopee kepada komuniti dan masyarakat tempatan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini diadakan atas talian melalui Facebook Pusat Internet Komuniti Changlun.
• Kerjasama Pusat Internet Komuniti Changlun serta Pusat Internet Komuniti Padang Pauh.
• Tetamu jemputan adalah seorang usahawan, Puan Nurulnoratikah.
• Berkongsi informasi mengenai Pusat Internet Komuniti serta mempromosi Pakej Jaringan Prihatin Digi kepada penonton.
• Tempoh slot temubual tersebut berlangsung lebih kurang satu jam.
• Puan Nurulnoratikah berkongsi pengalaman mengendali serta perniagaan beliau pelbagai produk seperti produk-produk kecantikan serta produk emas perhiasan diri.
Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti setempat serta para penonton dapat ilmu yang bermanfaat
• Memperbaiki diri serta urusniaga masing dengan lebih efisyen
• Menerima input-input yang terkini untuk diguna pakai dalam masa kelak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :