PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER (CYBERSECURITY FOR SMALL BUSINESSES) – KOLABORASI BERSAMA PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI (SMMTC), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Aktiviti terkini | 24 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Komuniti Surau Al-Huda Taman Meranti, Changlun, Kedah
Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun dengan kerjasama Pusat Pengajian Teknologi Multimedia Dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia bersama mahasiswa mahasiswi UUM telah mengadakan Program Kesedaran Keselamatan Siber bersama komuniti di Changlun.
Tujuan :
• Meningkatkan kesedaran masyarakat komuniti setempat tentang keselamatan siber terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program kerjasama ini adalah satu program ‘Service Learning’ (SULAM) di antara Pusat Pengajian Teknologi Multimedia Dan Komunikasi (SMMTC) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Changlun.
• Peserta yang hadir adalah terdiri daripada usahawan-usahawan dari Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Usahanita Daerah Kubang Pasu) serta penduduk setempat.
• Program bermula pada pkul 8.30 pagi untuk pendaftaran peserta.
• Acara seterusnya bermula pada pkul 9.00 pagi dengan kata aluan oleh Pengerus PEDi Changlun, Encik Aizuddin diikuti ucapan oleh Pensyarah SULAM, Dr. Siti Mahfuzah Sarif.
• Taklimat ‘Cybersecurity for Small Businesses’ berkaitan Penipuan Kewangan & Perlindungan Data Peribadi Atas Talian bermula pada jam 9.30 pagi diikuti oleh sesi ‘Jawab & Menang’ serta role-playing oleh pelajar SULAM.
• Demonstrasi “Cybersecurity Awareness Kit” oleh kumpulan penyelidik UUM.
• Sesi cabutan bertuah kepada 15 pemenang hadiah.
• Lawatan ke booth pelajar SULAM “Pameran & Demonstrasi Keselamatan Siber”.
• Program tamat jam 1.00 petang.
Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta serta komuniti setempat dapat ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman cara mengatasi penipuan kewangan serta perlindungan data peribadi atas talian.
• Para mahasiswa & mahasiswi SULAM menerima pengalaman dalam memberi khidmat masyarakat dan advokasi keselamatan siber kepada khalayak ramai.
• Mempromosi manfaat dan peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :