Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.
Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH DI PEDI CHANGLUN 2022
Aktiviti Terkini | 11 Disember 2022Program ini dapat memanfaatkan hari cuti anak-anak mereka dengan menghadiri program santai di PEDi Changlun melalui penyertaan pertandingan menaip pantas serta menonton tayangan salah satu filem adaptasi sejarah Malaysia...............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA MCMC BERSEMPENA PROGRAM JAMBORI SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP KEDAH & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA 2022
Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022Program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan keselamatan internet seperti buli siber, penipuan atas talian serta pengantunan kanak-kanak..............baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA, BUKIT TANGGA
Aktiviti Terkini | 3 November 2022Program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan buli siber, penipuan atas talian serta pengantunan kanak-kanak.............baca selanjutnya
BENGKEL ASAS PEMASARAN DIGITAL DI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) CHANGLUN
Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2022Program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan mengenal pasti kaedah pemasaran produk & servis melalui pemasaran digital serta cabaran dalam industri.............baca selanjutnya
LIVE FB: PERKONGSIAN INFORMASI PERANTI SISWA K-KOMM
Aktiviti Terkini | 17 September 2022Berkongsi info berkaitan PerantiSiswa Keluarga Malaysia K-KOMM.............baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 2022 PEDi CHANGLUN
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2022Mengadakan pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kemerdekaan bagi tahun 2022.................baca selanjutnya
PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP @ PEDi CHANGLUN
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2022Memberi kelonggaran penduduk setempat yang berdekatan ke PEDi Changlun untuk menggunakan perkhidmatan khidmat sedia yang terdapat di KWSP................baca selanjutnya
TAKLIMAT ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : MAKLUMAT PALSU DI SMK TUNKU BENDAHARA, KODIANG
Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022Memberi pengajaran kepada para pelajar mengenai maksud, faktor dan kesan menyebarkan maklumat palsu...............baca selanjutnya
MESYUARAT PANEL PENASIHAT PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) CHANGLUN KALI 01/2022
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022Membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang..............baca selanjutnya
LIVE FB: TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK -PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Aktiviti Terkini | 24 April 2022Berkongsi info mengenai notis penutupan sementara operasi PEDi sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.............baca selanjutnya
TEMUDUGA TERBUKA OPERATOR PENGELUARAN
Aktiviti Terkini | 22 Mac 2022Untuk membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mencari pekerjaan.............baca selanjutnya
LIVE FB: KELAS KEUSAHAWANAN – ASAS WHATSAPP BUSINESS
Aktiviti Terkini | 12 Februari 2022Berkongsi info tentang Permohonan Kemasukan Tahun 1 - 2023/2024............baca selanjutnya
LIVE FB: INFO SEMASA & KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Berkongsi tentang akan penamatan rangkaian 3G di seluruh negara............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya