PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA MCMC BERSEMPENA PROGRAM JAMBORI SAMBUTAN 100 TAHUN PENGAKAP KEDAH & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA 2022

Aktiviti terkini | 3 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak bersama MCMC bersempena Program Jambori Sambutan 100 Tahun Pengakap Kedah & Persaudaraan Antarabangsa 2022 yang turut dihadiri oleh Puan Norrazlina Bt Nordin dari Pejabat MCMC Negeri Kedah, Perlis & Pulau Pinang serta wakil-wakil petugas PEDi Kluster Kubang Pasu.


Tujuan :
• Program ini dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan keselamatan internet seperti buli siber, penipuan atas talian serta pengantunan kanak-kanak.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini berlangsung selama 3 hari di dewan tertutup di Padang Kawad UUM dan seluruh peserta yang hadir adalah pelajar-pelajar yang terpilih mewakili sekolah dari seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand & Brunei.
• Sesi dijalankan dengan taklimat diikuti slot menjawab kuiz myCyberGenius dan penyampaian hadiah kepada 3 pemenang kuiz pada setiap slot taklimat Klik Dengan Bijak. Lebih 30 slot yang telah dijalankan semasa program berlangsung.

Kelebihan Aktiviti :

• Berkongsi ilmu dan fakta mengenai faktor dan akibat buli siber, penipuan atas talian serta pengantunan kanak-kanak.
• Memberi kesedaran pada golongan belia.
• Mendapatkan maklum balas audien atau peserta dari segi pemahaman mereka terhadap keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :