LIVE FB: PERKONGSIAN INFORMASI PERANTI SISWA K-KOMM

Aktiviti terkini | 17 September 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Changlun

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun serta PEDi Langgar berkongsi info-info kepada umum mengenai inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).


Tujuan :
• Berkongsi info berkaitan PerantiSiswa Keluarga Malaysia K-KOMM.
• Berkongsi langkah-langkah permohonan bantuan tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia K-KOMM.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
• Tempoh permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia masih dibuka sehingga 30 September 2022.

Kelebihan Aktiviti :

• Inisiatif PerantiSiswa ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.
• Hebahan info-info terkini mengenai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat memberi bantuan serta peluang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :