MESYUARAT PANEL PENASIHAT PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) CHANGLUN KALI 01/2022

Aktiviti terkini | 28 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Changlun s

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Changlun telah mengadakan mesyuarat bersama seluruh ahli Panel Penasihat PEDi Changlun.

Tujuan :
• Membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mesyuarat Panel Penasihat PEDi Changlun telah berlangsung pada hari Ahad, 29hb Mei 2022, jam 3.00 petang.
• Ahli Panel Penasihat PEDi Changlun terdiri daripada beberapa orang yang berjawatan serta sukarelawan.
• Panel penasihat yang hadir pada hari tersebut adalah Penghulu Mukim Sungai Laka, Encik Mohammad Rizal bin Ramli (Pengerusi), Encik Ramlan bin Ali (Timbalan Pengerusi), Ustaz Abdul Razak bin Mohamad (Biro), Puan Hazlina binti Kamarudin (Biro), Encik Muhammad Aizuddin Fitri bin Khuiruddin (Urusetia I) dan Puan Shahira binti Shamsuri (Urusetia II).
• Ucapan aluan daripada Urusetia PEDi.
• Memberi pendedahan kepada Panel Penasihat fungsi dan objektif PEDi.
• Berkongsi aktiviti & program yang telah dijalankan.
• Membincangkan cadangan program yang akan diadakan.
• Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Kelebihan Aktiviti :

• Cuba untuk menyelesaikan masalah dan cabaran PEDi Changlun.
• Dapat merancang awal program untuk komuniti setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :