PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH DI PEDI CHANGLUN 2022

Aktiviti terkini | 11 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Changlun

Ringkasan Aktiviti :
Program Riang Ria Cuti Sekolah di PEDi Changlun telah berlangsung dengan acara pertandingan menaip pantas serta tayangan filem Mat Kilau bersama ahli-ahli PEDi.


Tujuan :
• Program ini dapat memanfaatkan hari cuti anak-anak mereka dengan menghadiri program santai di PEDi Changlun melalui penyertaan pertandingan menaip pantas serta menonton tayangan salah satu filem adaptasi sejarah Malaysia.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini berlangsung di ruang Cyberhall PEDi Changlun bermula pada pukul 9.30 pagi.
• Sesi dimulai dengan pertandingan menaip pantas. Terbuka kepada pelajar 10 hingga 12 tahun. Terhad kepada 10 peserta sahaja.
• Kemudian diikuti dengan tayangan filem Mat Kilau dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan menaip pantas serta pemenang kuiz Mat Kilau.

Kelebihan Aktiviti :

• Meningkatkan lagi kemahiran menaip secara pantas & efisien menggunakan komputer.
• Memberi semangat patriotisme dan jati diri kepada golongan kanak-kanak.
• Mempromosikan inisiatif yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :